Sunday, November 9, 2014

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM








Sesi Acara Terima Sijil Oleh Kontigen KRS Yang Dilantik

Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Suhaimi bin Latip memberi ucapan aluan sempena Perhimpunan Bulanan yang dijalankan



Mohd Haikal memberi ucapan pembukaan Perhimpunan Bulanan Kendalian KRS



Saturday, November 8, 2014

TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT

SUASANA KETIKA GURU PENASIHAT MELAKSANAKAN PEMILIHAN JAWATANKUASA TERTINGGI 


Senarai Tanggungjawab Guru Penasihat Unit Beruniform / Persatuan atau Kelab / Kelab Sukan dan Permainan

  1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
  3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
  5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
  6. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
  7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.
  9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
  10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
  11. Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.
  12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
  13. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
  14. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
  15. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
  16. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
  17. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
  18. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
  19. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
  20. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
  21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
  22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.




BILIK OPERASI GABUNGAN PENGERUSI-PENGERUSI PERSATUAN FASA 1


SESI PELANTIKAN GPP 2014 DAN PENGHARGAAN GPP 2014








LAWATAN GPP 2014

SABK MAAHAD AL-UMMAH
31200 CHEMOR,
PERAK DARUL RIDZUAN






KERTAS KERJA LAWATAN




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
“MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN STESEN PENYIARAN”








TARIKH : 26-27 MEI 2014





LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN STESEN PENYIARAN


1.0                       PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah  ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan (GPP) SABK Maahad Al-Ummah telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke “MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN STESEN PENYIARAN”. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada para pemimpin Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan (GPP)  .


2.0                   RASIONAL

2.1              Murid perlu didedahkan kepada dunia luar melalui aktiviti lawatan.
2.2     Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan sambil belajar dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid.
2.3              Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru.



3.0          DESTINASI

a)                   Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur
b)                  Stesen Televisyen Al-Hijrah, Kuala Lumpur
c)                   Astro Oasis, Kuala Lumpur
d)                  Radio IKIM, Kuala Lumpur
           
4.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Cadangan Tarikh           :           26-27 Mei 2014
            Hari                                :           Isnin-Selasa
            Masa                              :           Rujuk lampiran 1

5.0       KUMPULAN SASARAN

Seramai 20 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa/penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengiringi pelajar sepanjang program ini berjalan.

(Rujuk Lampiran 2 untuk senarai nama peserta)


6.0       ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
Penerimaan
Perbelanjaan
Sumbangan Ibubapa
 RM    500.00
     Bas
RM 1,800.00
Sumbangan PIBG
      RM    500.00
Cenderamata
RM    200.00
Sumbangan Luar
      RM  3000.00
Makanan (25 orang x 40.00)
RM  1000.00


Penginapan (9 bilik x 100.00)
   RM    900.00


 Makanan (Mineral/Roti/Kek)
    RM    100.00
Jumlah
RM 4000.00
Jumlah
   RM  4000.00

7.0     AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
Tuan Haji Haris bin Wagiman
(Pengetua)
Penasihat
Tn. Haji Suhaimi bin Latip
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru Pengiring
1.   Tn. Hj. Suhaimi bin Latip
2.   Puan Munarizan binti Muin
3.   En. Fakhruddin bin Kamaruzailan
4.   En. Sharifuddin bin Mat Yunus
5.   En. Mohd Fais bin Azman
Ketua Rombongan
Megat Muhd Aiman bin Anuar
Penolong Ketua Rombongan
Nurul Atiqah binti Mahlil
Setiausaha
Illa Emylia binti Zul Azhar
Bendahari
Mohd Khairani bin Mohd Azhar
AJK Perhubungan
Iqwan Izany bin Mohd Zuki
Nurul Syawalriyah binti Yahya
AJK Makanan
Mohd Shahrizan Adzham bin Che Ramli
Munirah binti Muhamad
AJK Dokumentasi
Mohd Ikmal bin Yusof
AJK Pengangkutan
Aizam Azfarizal bin Azhar
Muhd Syafif bin Faiz
AJK Keselamatan
 Mohd Haikal Hakim bin Shahrom
 Nur Atikah binti Azhari
AJK Disiplin
Mohd Ikmal bin Yusof
Nor Neelam Husna binti Jaafar
AJK Kebajikan
Fatin Najwa binti Jasmaney
Nur Hasnil Asmaa bin Hanafi
Tugas-tugas Khas
Mohd Syaful Amirul bin Mohd Syafulizan
Fatin Nur Syaqirah
Amni Afiqah binti Jefridin
Nurliyana Syakirah binti Mohd Yatim

 
8.0     PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada para pemimpin Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan (GPP) SABK Maahad Al-Ummah. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :       


……………………………….………….
(ILLA EMYLIA BINTI  ZUL AZHAR)
Setiausaha
Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan
SABK Maahad Al-Ummah     


Disemak oleh :


………………………………………      
(PN. MUNARIZAN BINTI MUIN)
Guru Penasihat
Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan
SABK Maahad Al-Ummah


Disahkan oleh :       


……………………………….………….
(TN. HJ. HARIS BIN WAGIMAN)
Pengetua
SABK Maahad Al-Ummah     












LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM


26 MEI 2014 (ISNIN)



06.30 PAGI       :           BERTOLAK KE KUALA LUMPUR
                                       MAKAN PAGI

09.00 PAGI       :           TIBA DI MUZIUM KESENIAN ISLAM

12.00 TGH         :           MAKAN TENGAHARI

01.10 PTG          :           SOLAT JUMAAT / SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

02.20 PTG          :           BERTOLAK KE STESEN TV AL-HIJRAH

03.00 PTG          :           TIBA DI STESEN TVAL-HIJRAH

05.00 PTG          :           SOLAT ASAR BERJEMAAH
                                       MAKAN PETANG

06.30 PTG          :           BERTOLAK KE ASTRO OASIS

07.30 MLM        :           TIBA DI ASTRO OASIS
                                       SOLAT MAGHRIB & ISYAK (JAMA’)
                                       MAKAN MALAM

08.30 MLM        :           AKTIVITI BERSAMA ASTRO OASIS

10.00 MLM        :           BERTOLAK KE PENGINAPAN

10.40 MLM        :           TIBA DI TEMPAT PENGINAPAN
                                       PENGURUSAN DIRI
                                       TIDUR








27 MEI 2014 (SELASA)

06.00 PAGI       :           SOLAT SUBUH
                                       PENGURUSAN DIRI

08.00 PAGI       :           MAKAN PAGI

08.30 PAGI       :           BERTOLAK KE RADIO IKIM

09.10 PAGI       :           TIBA DI RADIO IKIM

12.00 TGH         :           MAKAN TENGAHARI
                                       SOLAT ZOHOR / SOLAT ASAR (JAMA’) BERJEMAAH

02.00 PTG          :           BERTOLAK PULANG


05.30 PTG          :           TIBA DI MAAHAD AL-UMMAH